ADUN BN Paloh Tunjuk Samseng Serang YB Zaki PDF Print E-mail
Written by Webmaster   
Saturday, 01 December 2007
paloh.jpg Kota Bharu, 27 Nov - Dewan Negeri Kelantan kecoh pagi semalam semasa sesi soal jawab ketika YB Hj Zulkifli Mamat menjawab soalan ke-17 yang dikemukakan oleh YB Datuk Mohd Zain Ismail, BN Bukit Tuku berkaitan projek Afta City.

Kekecohan berlaku ketika YB Datuk Nozula Mat Diah, BN Paloh mempertikaikan jawapan yang diberikan oleh YB Hj Zulkifli Mamat dengan melemparkan perkataan kasar dan kesat terhadap Hj Zulkifli Mamat serta terus mempertikaikan tindakan speaker yang menggantung beliau dari terlibat dalam perbahasan.

Kata-kata kesat dan kasar YB Paloh ini menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa penyokong Kerajaan sehingga menyebabkan YB Mohd Zaki Ibrahim, PAS Kelaboran mencelah dan meminta YB Paloh meminta maaf kepada Dewan terlebih dahulu jika mahu berucap.

YB Paloh yang berang kerana diminta oleh YB Zaki untuk memohon maaf, terus meluru ke arah YB Zaki dan cuba menendang YB berkenaan beberapa kali walaupun dihalang oleh YB PAS Chetok dan beberapa ADUN BN. Dalam keadaan kelam kabut tersebut juga, YB Paloh terus mengeluarkan kata-kata kecaman terhadap YB Zaki sehingga berlaku pertikaman lidah di antara kedua-dua pihak walaupun pihak speaker berulang kali meminta YB PAloh kembali ke tempat duduk beliau.

Peristiwa ini mencatat sejarah kerana belum pernah berlaku dalam sejarah persidangan dewan negeri Kelatan seorang ADUN BN mencetus kekecohan dan cuba bertindak ganas dan samseng di dalam dewan negeri dengan melakukan serangan fizikal ke atas ADUN PAS.

Minggu lepas pada hari kedua persidangan, kekecohan juga dicetuskan oleh YB Paloh apabila beliau mengeluarkan perkataan kasar terhadap Speaker Dewan yang tidak mengizinkan beliau berucap untuk perbahasan titah ucapan di raja kerana Speker telah membuat keputusan bahawa beliau akan diberi peluang seluas-luasnya dalam perbahasan bajet sehingga membawa kepada penggantungan YB Paloh dari persidangan selama sehari.

Persidangan semalam juga menyaksikan satu usul telah dikemukakan untuk menggantung dua orang Ahli Dewan dari BN selama 6 bulan kerana telah mengeluarkan kenyataan akhbar mempertikaikan keputusan Speaker tersebut iaitu ADUN Paloh, Dato Nozula Mat Diah dan ADUN Bukit Bunga, Mohd Adhan Kechik.

 Usul yang dikemukan oleh YB Dato' Takiyuddin Hassan telah disokong oleh YB Ust Hassan Mohamood dan telah dibahaskan oleh dua orang ADUN iaitu YB Limbongan (PAS), Drs Zainuddin Awang Hamat dan YB Kok Lanas (BN) Dato Annuar Musa.

Usul tersebut telah diterima dengan 23 ADUN menyokong dan 22 ADUN membantah. 

 

Sumber : http://kelantan.pas.org.my  

Last Updated ( Saturday, 01 December 2007 )
 
< Prev   Next >