Halaman Utama
Usul penubuhan Dewan Muslimat Muda ditolak
Written by Roy Rasul   
Sunday, 17 August 2008

IPOH, 15 Ogos (Hrkh) - Usul mengenai Dewan Muslimat Muda yang dibangkit oleh negeri Melaka ditolak oleh perwakilan dalam sidang muktamar Dewan Muslimat Pusat ke-48 yang diadakan di Hotel Hillcity, dekat sini semalam.

 

Usul tersebut hanya mendapat sokongan daripada dua negeri iaitu Melaka dan Kelantan.

 

Wakil daripada Johor, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan yang bangun berucap menolak usul atas alasan Dewan Muslimat Pusat sudah mempunyai unit Nisa'.

 

Bahkan mereka berpendapat kapasiti yang ada tidak cukup untuk menggerakkannya.

 

Last Updated ( Sunday, 17 August 2008 )
Read more...
 
Muslimat atur agenda bertindak yang terancang dan lestari
Written by Roy Rasul   
Sunday, 17 August 2008

IPOH, 14 Ogos (Hrkh) - Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh berkata, Muktamar Dewan Muslimat ke-48 kali ini memfokuskan keteguhan komitmen serta memenuhi setiap ruang yang ada bagi mengisi kemenangan kerajaan Pakatan Rakyat dengan agenda bertindak yang terancang dan lestari. 

 

Oleh kerana itu katanya, dalam sidang media di muktamar tersebut yang diadakan di Hotel Hillcity, dekat sini semalam, bermuktamar dalam suasana PAS berjaya membentuk kerajaan bersama-sama dalam gabungan Pakatan Rakyat di lima buah negeri di Semenanjung.

 muslimat1.jpg

"Gabungan ini adalah satu pemuafakataan yang merentasi batas-batas perkauman, agama dan ideologi politik di atas dasar kesamarataan, kebenaran dan ketelusan serta keadilan," katanya.

 

Dalam pada itu beliau berkata, Dewan Muslimat akan pertingkatkan komitmen dan daya usaha untuk untuk mencapai kemenangan di negeri-negeri yang belum menang dalam usaha-usaha yang memfokuskan kebajikan rakyat.

 

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pertemuan antara Dewan Muslimat dengan Wanita Umno beliau berkata, sememangnya Naib Ketua Wanita Umno, Dato' Seri Sharizat Jalil ada menghubungi untuk mengadakan pertemuan. 

Last Updated ( Sunday, 17 August 2008 )
Read more...
 
Penyelarasan Gerak Kerja HALWA - Muslimat Perak
Written by aisyah   
Friday, 15 August 2008

IPOH, 15 Ogos – Ucapan penggulungan dari Perwakilan Perak mengungkapkan jutaan terima kasih kepada semua perwakilan yang hadir ke muktamar di negeri Perak yang julung kalinya diadakan di sini.

 

“Muktamar sewajarnya diberikan ruang yang luas sebagai satu medan untuk bermuhasabah dan berbahas, kerana pertemuan tahunan inilah masa untuk berkumpul secara jami’e dan berfikir sama dalam melakukan management editing dalam parti,” usul beliau dengan tegas.

 

“Selain itu, penyelarasan gerak kerja perlu dipertingkatkan dalam HALWA bagi mengelakkan kekeliruan, agar Dewan Muslimat sebagai pembuat keputusan manakala di peringkat HALWA sebagai pelaksana.

 

“Teguran agar tidak menggunakan perkataan “idola” dalam teks ucapan tema Muktamar Dewan Muslimat juga di selitkan, kerana ianya membawa maksud yang kurang baik.  Tegurannnya diambil dari salah satu hujah dalam kuliah Tuan Guru dalam salah satu ceramahnya”.

 

”Nisa’ juga disarankan agar tidak hanya menghabiskan masa dengan aktiviti sukan dan reakrasi sahaja, sebalknya penumpuan terhadap aktiviti berbentuk pendidikan juga perlu di perhalusi bersama”.

 
Menambah, Menghidupkan Cawangan - Muslimat Johor
Written by aisyah   
Friday, 15 August 2008

IPOH, 15 Ogos – Perwakilan dari Johor dalam ucapan penangguhannya menyatakan bahawa 'tsunami' kemenangan dalam Pilihan Raya ke 12 yang lepas jarang sekali berlaku.

 

“Sebagai pendokong parti, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menghadapi Pilihan Raya akan datang dalam mempertahankan kemenangan," ujurnya dalam di awal penggulungan.

normal_86.jpg

 
“Muslimat Johor mencadangkan beberapa cadangan seperti mewujudkan Pusat Khidmat Rakyat, memperkasakan Kelab Penyokong PAS serta mempergiatkan kempen pendaftaran untuk menambah bilangan ahli PAS,” suara beliau.


“Penambahan lagi cawangan yang sedia ada di cadangkan serta menghidupkan aktiviti di cawangan tersebut, bukannya menambahkan dewan seperti usul penubuhan Dewan Mujahidah yang ‘hangat’ dibahaskan semalam”.

 
"Selain itu, sebagai ahli Pas sumbangan tenaga dalam melahirkan generasi pelapis di pertingkatkan”.
 

 ”Justeru, Dewan Muslimat Johor menyeru semua perwakilan memantapkan barisan kepimpinan dan menjauhi fitnah sesama ahli bagi memperkuatkan  hubungan yang lama terbina,” akhir penggulungan beliau.

 

Last Updated ( Sunday, 17 August 2008 )
 
Muslimat Perlu Kehadapan Tangani Isu Wanita - Muslimat Selangor
Written by aisyah   
Friday, 15 August 2008

IPOH, 15 Ogos – Perwakilan DMP Selangor adalah antara yang berucap awal semasa sesi ucapan penangguhan. Beliau memulakan ucapan dengan meminta semua perwakilan agar menginsafi setiap kejayaan dengan bertasbih dan memohon ampun kepada Allah SWT kerana setiap kemenangan dilalui dengan kesilapan.

 

“Beliau menyeru perwakilan agar berlapang dada dengan menurunkan ego masing-masing, bagi merapatkan hubungan sesama ahli agar kemenangan yang dicapai terjaga baik."

 

muslimat3.jpg“Selain itu, saranan DMP Selangor agar Muslimat bersikap lebih  lembut dan berhikmah dalam komunikasi harian dengan orang-orang UMNO, terutamanya  wanita UMNO,” saran beliau.

 

“DMP Selangor turut mencadangkan agar Muslimat lebih ke hadapan dalam menangani isu-isu yang melibatkan wanita sepertimana Dewan Pemuda menyuarakan tentangan terhadap konsert Inul Daratista dan Avril Lavinge baru-baru ini,” tambah beliau lagi.  

 

Di akhir penggulungan, beliau mengingatkan agar semua perwakilan bahawa,  pemimpin yang hebat ialah pemimpin yang menegur dan boleh ditegur oleh ahli.

Last Updated ( Sunday, 17 August 2008 )
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Results 1 - 10 of 106
Hakcipta Terpelihara © Dewan Muslimat Pas Pusat 2008